Fire Drill 2018

26 April 2018 – Unit Hal Ehwal Murid SMK Mengkebang telah mengadakan Lathan Kebakaran (Fire Drill) 2018 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Krai, Kelantan. Sebauh jentera bomba bersama 8 pegawai dan anggota telah menjayakan program tersebut.

Program tersebut telah diadakan di padang SMK Mengkebang melibatkan semua warga SMK Mengkebang. Di antara pengisian program ialah ceramah kebakaran dan tatacara menyelamat mangsa kebakaran. Acara kemuncak ialah domentrasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa kebakaran.

Diharap semua warga SMK Mengkebang dapat menpelajari teknik memadam kebakaran terutamanya di sekolah dan rumah masing-masing. Yang paling penting ialah berusaha untuk mengelak daripada berlakunya kebakaran.

[URIS id=3108]