Ambang Merdeka 2018

15 Ogos 2018 – SMK Mengkebang telah menganjurkan sambutan Ambang Merdeka 2018 sempena Hari Kebangsaan 2018. Program ini menandakan bermulanya acara sambutan hari Kemerdekaan 2018. Program ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Tuan Pengetua, SMK Mengkebang, En Shamsuddin bin Zakaria.

Ambang Merdeka 2018 telah disertai oleh semua warga SMK Mengkebang. Acara bermulanya kibaran Jalur Gemilang, diikuti dengan persembahan daripad pelajar dan guru SMK Mengkebang. Acara ini merupakan mukaddimah kepada sambutan Hari Kemerdekaan  yang akan berlangsung sehingga 16 September 2018. Beberapa acara akan berlangsung selepas ini seperti pertandingan pidato, kuiz sejarah, deklemasi sajak kemerdekaan, Xpedisi Kemerdekaan ke Gunung Stong, Dabong, Kelantan, pertandingan kelas patriotik dan banyak lagi..

[URIS id=3210]