Pendaftaran Pelajar 2019

SMK Mengkebang, 30/12/ 2018 – Seramai 141 orang pelajar baru telah mendaftar diri untuk melanjutkan pelajaran ke tingktan 1 di SMK Mengkebang bagi sesi 2019.

Menurut PK HEM SMK Mengkebang, Tuan Hj. Abd Rahman bin Ab Razak, daripada 141 orang pelajar tersebut terdiri daripada 75 orang pelajar lelaki sementara 66  orang lagi perempuan. Dari segi pecahan kelas pula, seramai 26 orang telah mengambil subjek ASK (1 kelas) dan selebihnya adalah mengambil subjek RBT (5 kelas).

Turut mendaftar semua pelajar lama terdiri daripada 108 pelajar tingkatan 2, sementara masing-masing 140, 152, dan 136 bagi pelajar  tingkatan 3,4 dan 5. Pendaftaran pelajar  lama ialah 29/12/2018.  Jadi jumlah keseluruhan enrolmen pelajar  SMK  Mengkebang bagi tahun 2017 ialah 677 orang.

[URIS id=3280]

Diharap semua pelajar SMK Mengkebang 2019, baru dan lama, dapat belajar dengan selesa dan berlumba-lumba mengejar kejayaan di bidang akademik, ko kurikulum, disiplin dan sahsiyah diri.

[URIS id=3395]

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa dan PIBG yang terus memberi sokongan dan dokongan kepada pihak sekolah. Semoga ibubapa akan sentiasa bersama-sama sebagai  sepasukan dengn pihak sekolah bagi memestikan kejayaan cemerlang kepada pelajar khususnya dan kepada sekolah amnya menjdi kenyataan. Akhir kata, Selamat Datang kepada semua pelajar baru dan teruskan perjuangan anda bagi pelajar lama.