Selamat kembali ke sekolah sesi 2019

SMK Mengkebang Selasa, 1 Jan 2019 – Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMK Mengkebang dan Selamat Datang kepada semua pelajar tingkatan 1.

Sesi persekolahan 2019 kali ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan ikrarĀ  oleh semua pelajar dan guru SMK Mengkebang.

Pada minggu pertama persekolahan ini juga, program orentasi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar berkenaan dengan subjek yang akan diajar dan memberi infomasi semasa kepada pelajar tingkatan 1 agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya SMK Mengkebang.

Semoga kehadiran anda ke sekolah pada tahun 2019 ini dengan penuh motivasi tinggi untuk meraih kejayaan di bidang akademik, gerko, sukan dan sahsiah.