Majlis Perpishan PKP

SMK Mengkebang, Isnin, 14 Januari 2019 РSMK Mengkebang telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena pertukaran  dan naik pangkat Encik Pauzi bin Said, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Mengkebang ke SMK Bandar, Kuala Krai, Kelantan, sebagai Pengetua SMK Bandar yang baru.

Majlis gilang gemilang ini disertai oleh semua warga SMK Mengkebang termasuk PIBG SMK Mengkebang. En Pauzi Said telah berkhidmat selama 5 tahun di SMK Mengkebang dari 1/12/2013 hingga 1/12/2018 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Selama 5 tahun tentulah banyak suka duka yang beliau lalui ketika mengurus, mengelola dan mengetuai Unit Kurikulum SMK Mengkebang.

Webmaster SMK Mengkebang mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya di atas segala tunjuk ajar dan tahniah kerana dilantik menjadi Pengetua SMK Bandar.

[URIS id=3339]