Perjumpaan Ibubapa Pelajar SPM 2019

SMK Mengkebang, Isnin, 21 Januari 2019 – Unit Kurikulum SMK Mengkebang telah mengadakan  Majlis  Perjumpaan Ibubapa Pelajar SPM 2019 bertempat di Dewan Jubli Perak, SMK Mengkebang.

Majlis tersebut adalah bertujuan untuk berjumpa dengan ibubapa pelajar SPM 2019 bagi mengeratkan silaturrahim di antara pihak sekolah dan para ibubapa pelajar untuk mengetahui kelebihan, kelemahan, masalah dan saranan yang perlu untuk kebaikan sekolah dan pelajar yang terlibat.

[URIS id=3433]

Dalam majlis tersebut turut diadakan ceramah motivasi khas untuk ibubapa dan pelajar oleh En. Zulhairi Zakaria.

Semoga majlis ini dapat mencapaikan matlamatnya iaitu mengembeling kerjasama yang jitu di antara sekolah, pelajar dan ibubapa untuk kejayaan bersama.