FAQs – Soalan yg banyak ditanya


Bilakah masa rasmi persekolahan setiap hari ?

Masa rasmi persekolahan SMK Mengkebang adalah seperti berikut ;

 Ahad dan Isnin :  7.45 pagi hingga 2.20 ptg

Selasa dan Khamis :  7.45 pagi hingga 1.40 ptg

Rabu :  7.45 pagi hingga 1.50 ptg

 Walau bagaimanapun, kelas yang mengambil subjek Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran al-Quran akan tamat persekolahan lebih lewat sedikit daripada kela-kelas yang lain.

 Sila hubungi pejabat SMK Mengkebang untuk maklumat lanjut.

 

Mengapakah anak saya pergi ke sekolah seawal 7.00 pagi, sedangkan waktu persekolahan bermula jam 7.45 pagi

Walaupun masa rasmi persekolahan adalah pukul 7.45 pagi, tetapi semua pelajar WAJIB menghadiri Perhimpunan Pagi setiap hari pada pukul 7.15 pagi di Tapak Perhimpunan SMK Mengkebang. Semua guru dan pelajar akan membaca surah-surah pilihan (Tadarus al-Quran) setiap hari, kemudian barulah perhimpunan pagi akan diadakan.

Jadual Tadarus al-Quran adalah seperti berikut ;

Ahad : Surah as-Sajadah
Isnin  : Surah Yaasin
Selasa : Surah ar-Rahman
Rabu   : Surah al-Waqiah
Khamis : Surah al-Mulk & Zikir

Kenapakah anak saya masih belum keluar dari kawasan sekolah sedangkan waktu rasmi persekolahan telah tamat ?

Setelah tamat waktu rasmi persekolahan, semua pelajar akan pergi ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Zohor berjemaah (Program SEMAI) sementara pelajar yang uzur akan berada di bilik seminar untuk aktiviti keagamaan yang berasingan. Sebaik sahaja solat berjemaah selesai, semua pelajar dibenarkan balik. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 25 minit.