Sejarah SMK Mengkebang

pintumasukSekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang (SMKM) terletak lebih kurang 11KM dari bandar Kuala Krai. Ia terletak di sebuah lembah yang dikelilingi oleh deretan bukit/gunung, menjadikannya sentiasa dalam keadaan udara yang nyaman dan sering mengalami hujan terutamanya sebelah petang dan malam.MKM mula dibina pada 12hb. Februari 1989. Tarikh jangkaan siap ialah pada 30hb. September 1989. SMKM telah siap sepenuhnya pada 31hb. Oktober 1990 dengan menelan perbelanjaan sebayak RM1,448,280 dan diserahkan / diterima pada 10hb. Januari 1991.

Sesi persekolahan pertamanya dibuka pada 2hb. Disember 1990. Majlis pembukaan SMKM secara rasminya dilakukan oleh YB. Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak, iaitu Menteri Pendidikan Malaysia (Sekarang Perdana Menteri Malaysia ) pada 30hb. Jun 1996.

Pada sesi pertama persekolahan, bilangan pelajarnya seramai 165 orang. Bilangan kelas dan pecahan pelajarnya adalah seperti di dalam jadual di bawah :

Tingkatan Bil. Kelas Lelaki Perempuan Jumlah
3 67 54 121
2 1 26 18 44
Jumlah 4  93 72 165

 

Semenjak penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang (SMKM) telah dipimpin oleh 5 orang pengetua iaitu;

1 Tn. Haji Nik Mohd Salleh Bin Zakaria (1991 – 1993)
2 Tn. Haji Mohd Zain B. Mohamad (1993 – 1995)
3 Tn. Haji Arifin @ Ripin Bin Hassan (1995 – 1997)
4 Tn. Haji Wan Mohd Zain Bin Wan Hussin (1997 – 2006)
5 Tn. Haji Ghazali Bin Omar (2006 – 2011)
6 Tn. Haji Zahari Bin Jaafar (2011 – Ogos 2015
7 Pn. Hamidah Bte Mokhtar (Ogos 2015 – sekarang)

.